01 June 2008

Seorang tua itu...Insaflah Wahai Diri!



Pulang dari imtihan, saya bergegas menunggu Ateh Alyn untuk ke kedai di perhentian bas-berhampiran Universiti Al-Azhar, Kuliyah Banat. Namun, 'kerenah' seorang wanita tua menjual tisu menjadi bahan tontonan saya sepanjang lebih setengah jam itu meregut hati nurani ini.

Wahai diri, lihatlah seorang tua sanggup bermandi peluh demi menunaikan tanggungjawabnya mencari sesuap rezeki. Bagaimana pula dengan kesungguhan kita sebagai penuntut ilmu Allah di sini? Ya Allah..., sebenarnya saya (mungkin tema-teman) terfikir. Bila melihat kesungguhan seseorang melakukan sesuatu, bukan untuk dipandang masyhur, tapi rasa tanggungjawab, kadang-kadang terkena pada batang hidung sendiri. manakan tidak. Mereka yang diamanahkan Allah menuntut ilmu agama inilah 'doktor' kepada masyarakat!

Wahai diri, kamu adalah 'doktor' aqidah umat Islam. Di mana kesungguhan kamu? Di mana tanggungjawabmu? Dan di mana peranan kamu untuk mengubat pesakit yang kian parah sekarang ini!

Wahai diri..jadikanlah kecekalan perempuan tua itu berkorban sebagai tauladan. Semoga Allah memberikan kita ISTIQAMAH demi merawat jiwa-jiwa umat Islam. Ingatlah kita adalah pembela agama!

iesya- Ya Allah, berikanlah kami keteguhan dalam permusafiran ini!

No comments: