22 June 2008

Abah & Dialisis

Alhamdulillah, syukur pada-Mu Ya Allah. Saya rasa gembira sangat kerana sudah lama tak borak-borak dengan abah tersayang. Dari Akademi Al-Quran sampailah naik 'flight' datang sini. Habis kami sembang. Sejam jugaklah. Maklumlah tak payah guna e-voiz, voicemail dengan Yahoo Messenger je. Terima kasih lah Yahoo.com. Buat susah-susah je.

Terkedu jugak dengar cerita Abah. Apa taknya, cuci darah tiga kali seminggu. Macam mana nak pergi jalan jauh-jauh? Alhamdulillah Abah dimurahkan rezeki pergi umrah dan haji waktu muda lagi. (Tak silap lebih dari enam kali).

Search kat internet, jumpalah artikel tentang rawatan untuk pesakit buah pinggang. (kena study sebelum balik). Abah kata empat jam setiap kali buat hemodialisis, tiga kali seminggu. Abah, andai Along diberi peluang, biar sahaja Along merasai kesakitan itu...


Apa itu Dialisis ?
Dialisis adalah kaedah rawatan bagi buah pinggang. Ianya di perlukan apabila buah pinggang kita tidak lagi berfungsi dengan baik.


Bila rawatan dialisis di perlukan ?

Rawatan dialisis diperlukan di peringkat akhir kerosakan buah pinggang iaitu apabila buah pinggang telah kehilangan 80 ke 90 peratus dari keupayaannya bekerja untuk badan anda.


Apa yang dilakukan semasa dialisis ?


Seperti sistem buah pinggang yang sihat, proses dialisis membantu didalam perseimbangan badan anda. Proses dialisis akan membuang kotoran, garam dan air yang berlebihan untuk mencegah merosakkan sistem badan. Ianya juga akan memastikan kandungan bahan kimia didalam darah berada pada paras yang sepatutnya disamping membantu mengawal tekanan darah.


Adakah kerosakan buah pinggang adalah kerosakan kekal ?

Tidak juga, sesetengah kerosakan buah pinggang kembali lebih baik sesudah melakukan rawatan, dalam sesetengah kes, proses dialisis diperlukan untuk satu jangka masa singkat sehingga buah pinggang kembali pulih.


Adakah proses dialisis mempunyai pelbagai jenis ?

Ya, terdapat dua jenis rawatan dialisis, hemodialisis dan "peritonial dialysis".


Apa itu hemodialisis ?


Di dalam hemodialisis, buah pinggang tiruan digunakan untuk membuang kotoran, bahan kimia and air yang berlebihan dari darah. Untuk memasukkan darah dari badan ke buah pinggang tiruan, saluran dari buah pinggang tiruan akan dimasukkan kedalam saluran darah melalui lengan atau kaki.


Dalam sesetengah kes, ianya perlu dilakukan di tengkuk pesakit bagi mendapatkan salur darah yang lebih besar.

iesya-Diri kita juga wajib didialisis dari sifat mazmumah kepada mahmudah! Semoga Allah memeliharamu Abah..

No comments: