10 June 2008

Kesihatan kaki



Mungkin ada yang bertanya, kenapa saya pilih KAKI? Sebenanrnya semua anggota badan kita ada kelebihan masing-masing. Cuma...

Anggota ini paling kerap diabaikan ini perlukan penjagaan seperti juga anggota badan yang lain.


Tahukah anda bahawa satu per empat bahagian tulang pada tubuh manusia adalah pada bahagian kaki. Kaki merupakan asas serta sokongan yang utama terhadap kestabilan badan. Sekiranya anda pernah mengalami kesakitan pada pergelangan kaki, lutut, belakang atau bahu, atau kadangkala ketegangan, ia mungkin disebabkan keadaan kaki yang tidak selesa atau tidak sihat.


Jika dilihat pada fenomena hari ini, rekaan kasut lebih kepada nilai komersial, tanpa mengira keselesaan pada kaki. Kasut yang tumitnya terlalu tinggi atau tidak mempunyai sokongan ‘orthotic’ untuk satu jangka masa yang lama akan menyebabkan melecet, tumit pecah, kulit kaki menebal dan sebagainya.


Atasi Masalah Kaki

Salah satu alternatif untuk mengatasi masalah berkaitan kaki adalah dengan mengunjungi pakar yang menjalankan pemeriksaan, rawatan serta rundingan berkaitan pemilihan kasut yang sesuai. Pakar ini dikenali sebagai pedortist.


Antara masalah yang dapat dikurangkan oleh pedortist adalah;
* Kesakitan pada bahagian belakang, tumit, lengkungan kaki, serta lutut.
* Kesakitan pada tendon pada otot betis ke tumit.
* Bengkak pada pangkal ibu jari kaki serta kulit kaki mengeras.
* Lenguh-lenguh serta kesakitan pada bahagian sendi.
* Komplikasi kepada diabetes.
* Panjang kedua-dua belah kaki yang berbeza.
* Tapak kaki yang rata atau keadaan lengkungan kaki yang terlalu tinggi.
* Kecederaan yang dialami oleh atlit.

Tips Penjagaan Kaki

* Basuh kaki anda sentiasa, terutamanya di bahagian jari-jari kaki. Pastikan ia dikeringkan dengan sempurna.

* Gunakan sabun yang lembut atau mempunyai pelembab, atau sapukan pelembab setelah kaki dikeringkan.

* Potong kuku kaki dengan sempurna, tetapi jangan terlalu pendek. Jangan potong bahagian sudut kuku kerana ia akan menghalang pertumbuhan kuku kaki.

* Pastikan pengaliran darah pada bahagian kaki sempurna. Angkat kaki ke atas serta luruskan kaki apabila perlu duduk lama. Berjalan sekali-sekala untuk melancarkan aliran darah.

* Pilih kasut yang sesuai.

* Bagaimana Pastikan Kasut Sesuai Untuk Kaki

* Apabila berhasrat untuk membeli kasut, pastikan anda mengikuti garis panduan berikut bagi mengelakkan tekanan pada kaki.

* Masa terbaik untuk membeli kasut adalah waktu tengah hari kerana waktu ini kaki mengembang.

* Sebelah kaki kita adalah lebih besar. Oleh itu, beli kasut yang selesa untuk kaki yang lebih besar.

* Bahagian depan kasut mestilah selesa dan pastikan hujung jari dapat digerakkan.

* Jangan berharap kasut akan mengembang. Jangan beli jika kasut terlalu ketat.

* Tumit kaki mesti selesa. Elakkan tekanan pada tumit.


Fakta Menarik

* Puratanya, seorang manusia akan berjalan bersamaan empat kali pusingan dunia seumur hidupnya.

* Kaki manusia secara biologinya terdiri daripada 26 tulang, 33 sendi, serta lebih daripada 100 urat, otot, dan ligamen.

* Anggota yang paling kerap diabaikan pada tubuh kita adalah bahagian kaki.

* 90% manusia menggunakan kasut yang tidak bersesuaian dengan bentuk, saiz serta keadaan kaki. Ia boleh menimbulkan masalah yang serius kepada kaki.

iesya-Jagalah kaki anda. Saya pernah sakit kaki dan Alhamdulillah setelah melalui beberapa rawatan, saya sembuh. (Kredit untuk Doktor Ahlam), jom pi refleksi kaki!

No comments: