30 May 2008

Muflis..??


Muflis? Siapa yang muflis? Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, muflis ialah orang yang tidak berupaya membayar hutang atau bangkrap. Rasulullah SAW sendiri pun pernah bertanya dengan sahabat-sahabat baginda. Jawapan dari mereka-sama seperti dalam kamus! (maknanya mereka sudah ada 'kamus' lebih dahulu daripada kita..he..he)

jangan jadi muflis!

Tapi, apa jawapan dari baginda Rasulullah SAW? Orang yang muflis pada hakikatnya, dia 'bangkrap' ketika dibangkitkan di hari perhitungan, Yaumul Akhirat. Pahala-pahala mereka hilang begitu sahaja kerana dosa-dosa telah menyaluti semuanya.


Jadi, hitunglah amalan kita. Adakah hasanah telah banyak atau sayyiah yang 'membesar' dalam hati. Tepuk dada, tanya Iman. Bersegeralah melakukan amalan kebajikan, berakhlak dengan akhlaqul karimah dan sentiasa bermuhasabah agar segala tutur bicara, suluk dan amalan diredhai Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW; "Yang paling sempurna dikalangan kamu adalah yang paling elok akhlaknya.."

Ingatlah, kita ada kudrat untuk mengubah diri dari perkara mazmumah kepada mahmudah. Jom!

iesya- Doakan kejayaan semua dalam imtihan dunia akhirat. Fuh..!Ahad ni exam madah Hadith Maudui. Hadith muflis pun termasuk muqarrar. Alhamdulillah, tahun ini, kami diajar lebih daripada 40 hadith. (Adik Ayu-Mansurah, syukran doakan erk..)

No comments: