28 June 2008

Masa


Masa dan waktu. Alhamdulillah, masih lagi diri ini diberi kekuatan untuk menempuh perjalanan sebagai hamba-Nya. Terima kasih sahabatku yang 'jauh' mendoakan diri ini melalui pesanan sms tadi. May Allah bless You To.

Imam Al-Ghazali pernah bertanya kepada anak muridnya; apakah yang paling jauh dalam dunia ini? Jawapannya: Masa yang telah berlalu. Muhasabahlah diri kita, adakah masa yang berlalu diisi dengan perkara yang berfaedah atau sebaliknya. Bagaimana pula masa yang dihabiskan kepada perjuangan Islam. Hitung diri, fikir-fikirkan.

iesya-Buat adik beradik HEWI PMRAM, teruskan perjuangan!


27 June 2008

Sahabat...

Entahlah, apa salah saya. Sahabat saya menjadi orang pendiam dua hari ini. Kadang-kadang terfikir, adakah saya telah lukakan hatinya? Maafkan diri ini sahabatku. Tidak terniat untuk melukakan hatimu. Ya Allah, semoga ukhuwah kami berkekalan hingga akhirnya. Andainya temanmu ini yang bersalah, maafkan ye.


‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’


“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)


ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.


Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:


“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”


Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.


Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud:

“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).


Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”


Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?


Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

* Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
* Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
* Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
* Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
* Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
* Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
* Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
* Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

iesya-Agaknya kita dah penuhi tak hak-hak sahabat kita?

22 June 2008

Abah & Dialisis

Alhamdulillah, syukur pada-Mu Ya Allah. Saya rasa gembira sangat kerana sudah lama tak borak-borak dengan abah tersayang. Dari Akademi Al-Quran sampailah naik 'flight' datang sini. Habis kami sembang. Sejam jugaklah. Maklumlah tak payah guna e-voiz, voicemail dengan Yahoo Messenger je. Terima kasih lah Yahoo.com. Buat susah-susah je.

Terkedu jugak dengar cerita Abah. Apa taknya, cuci darah tiga kali seminggu. Macam mana nak pergi jalan jauh-jauh? Alhamdulillah Abah dimurahkan rezeki pergi umrah dan haji waktu muda lagi. (Tak silap lebih dari enam kali).

Search kat internet, jumpalah artikel tentang rawatan untuk pesakit buah pinggang. (kena study sebelum balik). Abah kata empat jam setiap kali buat hemodialisis, tiga kali seminggu. Abah, andai Along diberi peluang, biar sahaja Along merasai kesakitan itu...


Apa itu Dialisis ?
Dialisis adalah kaedah rawatan bagi buah pinggang. Ianya di perlukan apabila buah pinggang kita tidak lagi berfungsi dengan baik.


Bila rawatan dialisis di perlukan ?

Rawatan dialisis diperlukan di peringkat akhir kerosakan buah pinggang iaitu apabila buah pinggang telah kehilangan 80 ke 90 peratus dari keupayaannya bekerja untuk badan anda.


Apa yang dilakukan semasa dialisis ?


Seperti sistem buah pinggang yang sihat, proses dialisis membantu didalam perseimbangan badan anda. Proses dialisis akan membuang kotoran, garam dan air yang berlebihan untuk mencegah merosakkan sistem badan. Ianya juga akan memastikan kandungan bahan kimia didalam darah berada pada paras yang sepatutnya disamping membantu mengawal tekanan darah.


Adakah kerosakan buah pinggang adalah kerosakan kekal ?

Tidak juga, sesetengah kerosakan buah pinggang kembali lebih baik sesudah melakukan rawatan, dalam sesetengah kes, proses dialisis diperlukan untuk satu jangka masa singkat sehingga buah pinggang kembali pulih.


Adakah proses dialisis mempunyai pelbagai jenis ?

Ya, terdapat dua jenis rawatan dialisis, hemodialisis dan "peritonial dialysis".


Apa itu hemodialisis ?


Di dalam hemodialisis, buah pinggang tiruan digunakan untuk membuang kotoran, bahan kimia and air yang berlebihan dari darah. Untuk memasukkan darah dari badan ke buah pinggang tiruan, saluran dari buah pinggang tiruan akan dimasukkan kedalam saluran darah melalui lengan atau kaki.


Dalam sesetengah kes, ianya perlu dilakukan di tengkuk pesakit bagi mendapatkan salur darah yang lebih besar.

iesya-Diri kita juga wajib didialisis dari sifat mazmumah kepada mahmudah! Semoga Allah memeliharamu Abah..

16 June 2008

Taubat Hamba-Mu...

Hari ini, tiba-tba sahabat saya telah melontarkan kesedihan hatinya. Rasa bersalah atas kelemahan, kekurangan dan kejahilannya pada Yang Esa. Saya rasa tergaman. Lupa segala keriangan pulang dari 'window shopping' di Atabah. Ya Rabbi, bagaimana aku mahu berhadapan dengan-Mu di akhirat nanti. Adakah taubat ku diterima?

Ya Rabbi, ampunkanlah segala dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami dan sahabat-sahabat kami. Tungjukkanlah kami di jalan yang lurus!


13 June 2008

Angin Ahmar

Tiba-tiba, salah seorang sahabat seperjuangan dalam persatuan ditimpa musibah. Innalillahhi wainna ilaihi raajiun. Ayahnya sedang sakit angin ahmar. Sabarlah sahabatku. Sebenarnya sudah enam tahun di perantauan, inilah kali pertama dia akan pulang. Walaupun mehnah melanda, namun nampaknya dia tabah. Semoga Allah bagi ketnangan kepadanya sekeluarga. Insya Allah, dia akan balik tidak berapa lama lagi. Di sini suka saya kongsi berkenaan dengan sakit angin ahmar dan doa untuk mencegahnya.



Stroke atau angin ahmar adalah sejenis penyakit yang sangat ditakuti ramai. Ia berlaku terutamanya disebabkan oleh kandungan kolesterol yang tinggi di dalam badan kita. Kandungan kolesterol yang tinggi disebabkan oleh pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Kerapkali ini berlaku kerana kesibukan dengan tugas harian menyebabkan kita “membedal” sahaja apa yang ada di depan mata di samping tidak memberikan masa untuk melakukan senaman.



Kolesterol yang tinggi akan menyebabkan saluran darah tersumbat dan ini akan berakhir dengan:

* stroke / angin ahmar sekiranya saluran darah ke otak terhalang
* sakit jantung sekiranya saluran darah ke jantung terhalang

Apakah langkah-langkah yang perlu kita lakukan?


1 - Pastikan kita tahu kandungan kolesterol kita. Ini boleh dilakukan dengan menjalankan ujian ringkas di farmasi atau klinik yang melibatkan pengambilan sedikit darah. Bacaan “total cholesterol” yang terdiri daripada LDL (low density lipoprotein atau kolesterol jahat), HDL (high density lipoprotein) dan juga TG (triglyceride) sepatutnya tidak melebihi 5.2mmol/l atau 200mg/dl. Sekiranya kolesterol anda tinggi, anda perlu membuat rujukan dengan doktor anda dan mengambil ubat tertentu.


2 - Amalkan pengambilan makanan yang kurang kolesterol dan kurang lemak. Minyak kelapa (santan) sebagai contoh mengandungi kandungan lemak jahat yang sangat tinggi. Perlu diketahui juga bahawa kolesterol hanya datang dari sumber haiwan tetapi pengambilan lemak yang tinggi dari tumbuhan, walaupun tidak mengandungi kolesterol, juga akan menyebabkan masalah kesihatan.


3 - Selalulah bersenam.


4 - Ambil ubat dan makanan tambahan yang penting untuk mencegah stroke. Ubat-ubatan dan makanan tambahan ini bolehlah diambil sekiranya anda tidak mengetahui kandungan kolesterol anda:

* Low dose aspirin seperti CARDIPRIN. Cardiprin mengandungi 100mg aspirin dan diformulasikan supaya ia tidak menyebabkan masalah berkaitan perut seperti gastrik. Low dose aspirin boleh diambil oleh orang yang sihat tanpa rujukan dari doktor. Ia adalah sejenis ubat yang selamat dan dapat membantu mencegah strok dengan membantu mengekalkan kecairan darah.


* RED YEAST RICE. Produk ini kini telahpun di daftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan didapati dapat menurunkan kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik dengan sangat berkesan. Keberkesanannya didapati sama dengan ubat-ubatan kolesterol di pasaran, cuma perbezaannya ia diklasifikasikan sebagai makanan tambahan dan bukannya ubat. Produk terbaru seperti CHITOMONASCUS mengandungi dua bahan aktif iaitu water soluble chitosan dan red yeast rice. Produk ini berfungsi dengan dua cara iaitu dengan menapis kandungan lemak dari makanan yang akan diambil dan juga menghakis lapisan kolesterol yang boleh menyebabkan saluran darah tersumbat.

* Omega-3 / EPA. Minyak ikan jenis ini juga didapati dapat membantu dalam masalah berkaitan kolesterol. Bagaimanapun produk ini tidak seberkesan Chitomonascus dan menurunkan kolesterol jahat di dalam badan.


* Produk-produk lain seperti guggul, sejenis pokok yang banyak ditanam di India dan kini telah didatangkan dalam bentuk kapsul / tablet.

* 5 - Garlic banyak digunakan untuk mencegah angin ahmar (stroke) dan sakit jantung. Ia juga membantu mengurangkan kolesterol. Bawang putih juga boleh membuang angin di dalam badan. Ginkgo biloba. Herba ini berguna untuk yang menghidap penyakit darah tinggi dan angin ahmar.

6 - Baca doa untuk menghindari angin ahmar walaupun sekali seumur hidup (Telah dibincangkan di dalam diskusi farmasianis yang lepas).
ANGIN AHMAR

Pada satu ketika semasa Nabi Sulaiman A.S. di atas singgahsana kerajaannya di hadapan manusia, jin dan juga binatang, ia merasai bahawa ia berkuasa memerintah semua makhluk Allah di dunia ini. Dalam keadaan demikian itu, tiba-tiba datang satu Lembaga yang besar lagi dasyat rupanya. Nabi Sulaiman merasa takut dan gementar melihatnya. Lalu ia bertanya siapakah sebenarnya Lembaga itu dan apakah tujuan kedatangannya.

Lembaga itu menjawab, ia bernama ” Rihul Ahmar”. Satu penyakit yang merbahaya diantara lain-lain penyakit. Allah mencipta dirinya sedemikian rupa dan diberi kuasa mendatangkan kesakitan kepada anak-anak Adam. Ia boleh meresap di tubuh manusia seperti darah mengalir di dalam urat saraf. Tatkala Allah hendak memberi azab kepada sesiapa yang dikehendakiNya ia memberi kuasa kepadanya supaya masuk ke dalam badan. Jika ia masuk ke dalam otak hilanglah akal seseorang itu. Kalau ia masuk menerusi hidung maka akan lahir penyakit bengkak-bengkak, sembam dan sehingga binasalah keseluruhan anggotanya.


Mendengar itu Nabi Sulaiman memerintahkan mereka yang berada di sekelilingnya membunuh dan membakar Lembaga itu. Rihul Ahmar menjawab bahawa tidak ada seorangpun yang dapat menghalangnya berbuat demikian kerana Allah telah menjadikannya sedemikian rupa dan melanjutkan umurnya.

Kemudian Lembaga itu pun ghaib hingga ke zaman Rasulullah S. A.W. Telah diriwayatkan bahawa cucu Rasulallah Al-Hassan Bin Ali telah mengidap sakit rongga dan keluar darah daripadanya. Apabila Rasulullah dan sahabat-sahabatnya menerima khabar tersebut Malaikat Jibrail pun datang dan memberitahu bahawa cucu baginda itu terkena sakit Rihul Ahmar.

Bila ditanya tentang ubatnya malaikat Jibrail mengatakan ada, lalu ia ghaib sebentar kemudian datang kepada Rasulullah. Jibrail mengatakan bahawa Allah S.W mengurniakan satu hadiah doa yang mustajab kepada sesiapa yang membacanya satu kali seumur hidupnya. Insyallah ia akan selamat daripada penyakit Rihul Ahmar.

Rasulullah pun membacanya untuk cucunya. Tiba-tiba ia sembuh ketika itu juga dan bangun berdiri dalam keadaan yang cukup sihat.


Rasulullah telah bersabda kepada sahabat-sahabatnya supaya mempelajari doa tersebut dan mengajarnya kepada umatnya yang lain supaya mereka mendapat manfaat serta terpelihara diri dari serangan penyakit Rihul Ahmar (Angin Ahmar). Insyaallah.




























Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang;
dan dengan-Nya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah;
dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.
Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.
Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifat-Mu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.
Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.
Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiri-Nya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.
Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.
Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.
Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepada-Mu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisi-Mu. Kepada-Mu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.
Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam. Amin….


iesya-Acu, tabahkan hati...






























12 June 2008

Penantian...


Sebut pasal penantian ni, banyaklah tafsirannya. Ibu yang mengandung menanti saat kelahiran cahaya matanya. Seorang pelajar menantikan kejayaannya. Orang bertunang menantikan hari berlangsungnya perkahwinan dengan pasangannya. Orang miskin mungkin menantikan saat kekayaannya.

Bagaimana pula kita menantikan saat di Padang Masyar kelak? Di syurgakah atau neraka? Dalam golongan mana kita akan diaturkan? Ya Allah, lemahnya kita. Dunia adalah tempat singgahan. Akhiratlah tempat sebenar yang akan kita kutip buah dari semaian dunia. Menanti dan terus menanti. Moga penantian kita hanyalah kepada-Nya yang kekal abadi. Kejarlah cinta-Nya bukan makhluk-Nya.

Sedarlah wahai diri, jadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai tuntunan kita untuk bahagia bukan di dunia sahaja tapi di akhirat. Semoga kita adalah antara hamba-Nya yang terpilih. Insya-Allah.


iesya-Manalah sahabatku ni, kata nak datang lepas balik imtihan. Fuh...! Penantian ini amat menyeksakan...

10 June 2008

Kesihatan kaki



Mungkin ada yang bertanya, kenapa saya pilih KAKI? Sebenanrnya semua anggota badan kita ada kelebihan masing-masing. Cuma...

Anggota ini paling kerap diabaikan ini perlukan penjagaan seperti juga anggota badan yang lain.


Tahukah anda bahawa satu per empat bahagian tulang pada tubuh manusia adalah pada bahagian kaki. Kaki merupakan asas serta sokongan yang utama terhadap kestabilan badan. Sekiranya anda pernah mengalami kesakitan pada pergelangan kaki, lutut, belakang atau bahu, atau kadangkala ketegangan, ia mungkin disebabkan keadaan kaki yang tidak selesa atau tidak sihat.


Jika dilihat pada fenomena hari ini, rekaan kasut lebih kepada nilai komersial, tanpa mengira keselesaan pada kaki. Kasut yang tumitnya terlalu tinggi atau tidak mempunyai sokongan ‘orthotic’ untuk satu jangka masa yang lama akan menyebabkan melecet, tumit pecah, kulit kaki menebal dan sebagainya.


Atasi Masalah Kaki

Salah satu alternatif untuk mengatasi masalah berkaitan kaki adalah dengan mengunjungi pakar yang menjalankan pemeriksaan, rawatan serta rundingan berkaitan pemilihan kasut yang sesuai. Pakar ini dikenali sebagai pedortist.


Antara masalah yang dapat dikurangkan oleh pedortist adalah;
* Kesakitan pada bahagian belakang, tumit, lengkungan kaki, serta lutut.
* Kesakitan pada tendon pada otot betis ke tumit.
* Bengkak pada pangkal ibu jari kaki serta kulit kaki mengeras.
* Lenguh-lenguh serta kesakitan pada bahagian sendi.
* Komplikasi kepada diabetes.
* Panjang kedua-dua belah kaki yang berbeza.
* Tapak kaki yang rata atau keadaan lengkungan kaki yang terlalu tinggi.
* Kecederaan yang dialami oleh atlit.

Tips Penjagaan Kaki

* Basuh kaki anda sentiasa, terutamanya di bahagian jari-jari kaki. Pastikan ia dikeringkan dengan sempurna.

* Gunakan sabun yang lembut atau mempunyai pelembab, atau sapukan pelembab setelah kaki dikeringkan.

* Potong kuku kaki dengan sempurna, tetapi jangan terlalu pendek. Jangan potong bahagian sudut kuku kerana ia akan menghalang pertumbuhan kuku kaki.

* Pastikan pengaliran darah pada bahagian kaki sempurna. Angkat kaki ke atas serta luruskan kaki apabila perlu duduk lama. Berjalan sekali-sekala untuk melancarkan aliran darah.

* Pilih kasut yang sesuai.

* Bagaimana Pastikan Kasut Sesuai Untuk Kaki

* Apabila berhasrat untuk membeli kasut, pastikan anda mengikuti garis panduan berikut bagi mengelakkan tekanan pada kaki.

* Masa terbaik untuk membeli kasut adalah waktu tengah hari kerana waktu ini kaki mengembang.

* Sebelah kaki kita adalah lebih besar. Oleh itu, beli kasut yang selesa untuk kaki yang lebih besar.

* Bahagian depan kasut mestilah selesa dan pastikan hujung jari dapat digerakkan.

* Jangan berharap kasut akan mengembang. Jangan beli jika kasut terlalu ketat.

* Tumit kaki mesti selesa. Elakkan tekanan pada tumit.


Fakta Menarik

* Puratanya, seorang manusia akan berjalan bersamaan empat kali pusingan dunia seumur hidupnya.

* Kaki manusia secara biologinya terdiri daripada 26 tulang, 33 sendi, serta lebih daripada 100 urat, otot, dan ligamen.

* Anggota yang paling kerap diabaikan pada tubuh kita adalah bahagian kaki.

* 90% manusia menggunakan kasut yang tidak bersesuaian dengan bentuk, saiz serta keadaan kaki. Ia boleh menimbulkan masalah yang serius kepada kaki.

iesya-Jagalah kaki anda. Saya pernah sakit kaki dan Alhamdulillah setelah melalui beberapa rawatan, saya sembuh. (Kredit untuk Doktor Ahlam), jom pi refleksi kaki!