25 July 2008

Puisi

ITUKAH KITA

Itukah kita
Yang lantang menentang
Yahudi dan kroni mereka

Itukah kita
Angkuh meneguk
Rela memamah
Harga peluru tembusi anak-anak palestin

Itukah kita
Bangga memakai
Pakaian kezaliman
Cukup memenatkan

Itukah kita
Berdosa pada mereka
Islam dijunjung hanya pada nama

Itukah kita
Yang belum sedar
Atau masih menunggu saat
Hitung dosa melebihi pahala
Sedarkah kita?

07 July 2008

Debaran



Selepas dua hari program bersama teman-teman dari negara Asean (Singapura dan Indonesia), saya mendapat khabar dari sebahagian mereka yang telah melihat natijah imtihan mereka di kontrol. Ya Allah, aku pula bagaimana. Tahniah buat Izzah, Shamim, Kak Hawa dari Singapura yang berjaya. Doakan saya juga. Semoga semua sahabat-sahabat mendapat kejayaan yang baik dalam imtihan kali ini.

iesya-Ya Allah, berikanlah kami kejayaan yang cemerlang demi Islam tercinta!