28 June 2008

Masa


Masa dan waktu. Alhamdulillah, masih lagi diri ini diberi kekuatan untuk menempuh perjalanan sebagai hamba-Nya. Terima kasih sahabatku yang 'jauh' mendoakan diri ini melalui pesanan sms tadi. May Allah bless You To.

Imam Al-Ghazali pernah bertanya kepada anak muridnya; apakah yang paling jauh dalam dunia ini? Jawapannya: Masa yang telah berlalu. Muhasabahlah diri kita, adakah masa yang berlalu diisi dengan perkara yang berfaedah atau sebaliknya. Bagaimana pula masa yang dihabiskan kepada perjuangan Islam. Hitung diri, fikir-fikirkan.

iesya-Buat adik beradik HEWI PMRAM, teruskan perjuangan!


27 June 2008

Sahabat...

Entahlah, apa salah saya. Sahabat saya menjadi orang pendiam dua hari ini. Kadang-kadang terfikir, adakah saya telah lukakan hatinya? Maafkan diri ini sahabatku. Tidak terniat untuk melukakan hatimu. Ya Allah, semoga ukhuwah kami berkekalan hingga akhirnya. Andainya temanmu ini yang bersalah, maafkan ye.


‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’


“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)


ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.


Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:


“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”


Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.


Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud:

“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).


Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”


Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?


Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

* Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
* Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
* Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
* Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
* Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
* Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
* Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
* Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

iesya-Agaknya kita dah penuhi tak hak-hak sahabat kita?

22 June 2008

Abah & Dialisis

Alhamdulillah, syukur pada-Mu Ya Allah. Saya rasa gembira sangat kerana sudah lama tak borak-borak dengan abah tersayang. Dari Akademi Al-Quran sampailah naik 'flight' datang sini. Habis kami sembang. Sejam jugaklah. Maklumlah tak payah guna e-voiz, voicemail dengan Yahoo Messenger je. Terima kasih lah Yahoo.com. Buat susah-susah je.

Terkedu jugak dengar cerita Abah. Apa taknya, cuci darah tiga kali seminggu. Macam mana nak pergi jalan jauh-jauh? Alhamdulillah Abah dimurahkan rezeki pergi umrah dan haji waktu muda lagi. (Tak silap lebih dari enam kali).

Search kat internet, jumpalah artikel tentang rawatan untuk pesakit buah pinggang. (kena study sebelum balik). Abah kata empat jam setiap kali buat hemodialisis, tiga kali seminggu. Abah, andai Along diberi peluang, biar sahaja Along merasai kesakitan itu...


Apa itu Dialisis ?
Dialisis adalah kaedah rawatan bagi buah pinggang. Ianya di perlukan apabila buah pinggang kita tidak lagi berfungsi dengan baik.


Bila rawatan dialisis di perlukan ?

Rawatan dialisis diperlukan di peringkat akhir kerosakan buah pinggang iaitu apabila buah pinggang telah kehilangan 80 ke 90 peratus dari keupayaannya bekerja untuk badan anda.


Apa yang dilakukan semasa dialisis ?


Seperti sistem buah pinggang yang sihat, proses dialisis membantu didalam perseimbangan badan anda. Proses dialisis akan membuang kotoran, garam dan air yang berlebihan untuk mencegah merosakkan sistem badan. Ianya juga akan memastikan kandungan bahan kimia didalam darah berada pada paras yang sepatutnya disamping membantu mengawal tekanan darah.


Adakah kerosakan buah pinggang adalah kerosakan kekal ?

Tidak juga, sesetengah kerosakan buah pinggang kembali lebih baik sesudah melakukan rawatan, dalam sesetengah kes, proses dialisis diperlukan untuk satu jangka masa singkat sehingga buah pinggang kembali pulih.


Adakah proses dialisis mempunyai pelbagai jenis ?

Ya, terdapat dua jenis rawatan dialisis, hemodialisis dan "peritonial dialysis".


Apa itu hemodialisis ?


Di dalam hemodialisis, buah pinggang tiruan digunakan untuk membuang kotoran, bahan kimia and air yang berlebihan dari darah. Untuk memasukkan darah dari badan ke buah pinggang tiruan, saluran dari buah pinggang tiruan akan dimasukkan kedalam saluran darah melalui lengan atau kaki.


Dalam sesetengah kes, ianya perlu dilakukan di tengkuk pesakit bagi mendapatkan salur darah yang lebih besar.

iesya-Diri kita juga wajib didialisis dari sifat mazmumah kepada mahmudah! Semoga Allah memeliharamu Abah..

16 June 2008

Taubat Hamba-Mu...

Hari ini, tiba-tba sahabat saya telah melontarkan kesedihan hatinya. Rasa bersalah atas kelemahan, kekurangan dan kejahilannya pada Yang Esa. Saya rasa tergaman. Lupa segala keriangan pulang dari 'window shopping' di Atabah. Ya Rabbi, bagaimana aku mahu berhadapan dengan-Mu di akhirat nanti. Adakah taubat ku diterima?

Ya Rabbi, ampunkanlah segala dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami dan sahabat-sahabat kami. Tungjukkanlah kami di jalan yang lurus!


13 June 2008

Angin Ahmar

Tiba-tiba, salah seorang sahabat seperjuangan dalam persatuan ditimpa musibah. Innalillahhi wainna ilaihi raajiun. Ayahnya sedang sakit angin ahmar. Sabarlah sahabatku. Sebenarnya sudah enam tahun di perantauan, inilah kali pertama dia akan pulang. Walaupun mehnah melanda, namun nampaknya dia tabah. Semoga Allah bagi ketnangan kepadanya sekeluarga. Insya Allah, dia akan balik tidak berapa lama lagi. Di sini suka saya kongsi berkenaan dengan sakit angin ahmar dan doa untuk mencegahnya.



Stroke atau angin ahmar adalah sejenis penyakit yang sangat ditakuti ramai. Ia berlaku terutamanya disebabkan oleh kandungan kolesterol yang tinggi di dalam badan kita. Kandungan kolesterol yang tinggi disebabkan oleh pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Kerapkali ini berlaku kerana kesibukan dengan tugas harian menyebabkan kita “membedal” sahaja apa yang ada di depan mata di samping tidak memberikan masa untuk melakukan senaman.



Kolesterol yang tinggi akan menyebabkan saluran darah tersumbat dan ini akan berakhir dengan:

* stroke / angin ahmar sekiranya saluran darah ke otak terhalang
* sakit jantung sekiranya saluran darah ke jantung terhalang

Apakah langkah-langkah yang perlu kita lakukan?


1 - Pastikan kita tahu kandungan kolesterol kita. Ini boleh dilakukan dengan menjalankan ujian ringkas di farmasi atau klinik yang melibatkan pengambilan sedikit darah. Bacaan “total cholesterol” yang terdiri daripada LDL (low density lipoprotein atau kolesterol jahat), HDL (high density lipoprotein) dan juga TG (triglyceride) sepatutnya tidak melebihi 5.2mmol/l atau 200mg/dl. Sekiranya kolesterol anda tinggi, anda perlu membuat rujukan dengan doktor anda dan mengambil ubat tertentu.


2 - Amalkan pengambilan makanan yang kurang kolesterol dan kurang lemak. Minyak kelapa (santan) sebagai contoh mengandungi kandungan lemak jahat yang sangat tinggi. Perlu diketahui juga bahawa kolesterol hanya datang dari sumber haiwan tetapi pengambilan lemak yang tinggi dari tumbuhan, walaupun tidak mengandungi kolesterol, juga akan menyebabkan masalah kesihatan.


3 - Selalulah bersenam.


4 - Ambil ubat dan makanan tambahan yang penting untuk mencegah stroke. Ubat-ubatan dan makanan tambahan ini bolehlah diambil sekiranya anda tidak mengetahui kandungan kolesterol anda:

* Low dose aspirin seperti CARDIPRIN. Cardiprin mengandungi 100mg aspirin dan diformulasikan supaya ia tidak menyebabkan masalah berkaitan perut seperti gastrik. Low dose aspirin boleh diambil oleh orang yang sihat tanpa rujukan dari doktor. Ia adalah sejenis ubat yang selamat dan dapat membantu mencegah strok dengan membantu mengekalkan kecairan darah.


* RED YEAST RICE. Produk ini kini telahpun di daftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan didapati dapat menurunkan kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik dengan sangat berkesan. Keberkesanannya didapati sama dengan ubat-ubatan kolesterol di pasaran, cuma perbezaannya ia diklasifikasikan sebagai makanan tambahan dan bukannya ubat. Produk terbaru seperti CHITOMONASCUS mengandungi dua bahan aktif iaitu water soluble chitosan dan red yeast rice. Produk ini berfungsi dengan dua cara iaitu dengan menapis kandungan lemak dari makanan yang akan diambil dan juga menghakis lapisan kolesterol yang boleh menyebabkan saluran darah tersumbat.

* Omega-3 / EPA. Minyak ikan jenis ini juga didapati dapat membantu dalam masalah berkaitan kolesterol. Bagaimanapun produk ini tidak seberkesan Chitomonascus dan menurunkan kolesterol jahat di dalam badan.


* Produk-produk lain seperti guggul, sejenis pokok yang banyak ditanam di India dan kini telah didatangkan dalam bentuk kapsul / tablet.

* 5 - Garlic banyak digunakan untuk mencegah angin ahmar (stroke) dan sakit jantung. Ia juga membantu mengurangkan kolesterol. Bawang putih juga boleh membuang angin di dalam badan. Ginkgo biloba. Herba ini berguna untuk yang menghidap penyakit darah tinggi dan angin ahmar.

6 - Baca doa untuk menghindari angin ahmar walaupun sekali seumur hidup (Telah dibincangkan di dalam diskusi farmasianis yang lepas).
ANGIN AHMAR

Pada satu ketika semasa Nabi Sulaiman A.S. di atas singgahsana kerajaannya di hadapan manusia, jin dan juga binatang, ia merasai bahawa ia berkuasa memerintah semua makhluk Allah di dunia ini. Dalam keadaan demikian itu, tiba-tiba datang satu Lembaga yang besar lagi dasyat rupanya. Nabi Sulaiman merasa takut dan gementar melihatnya. Lalu ia bertanya siapakah sebenarnya Lembaga itu dan apakah tujuan kedatangannya.

Lembaga itu menjawab, ia bernama ” Rihul Ahmar”. Satu penyakit yang merbahaya diantara lain-lain penyakit. Allah mencipta dirinya sedemikian rupa dan diberi kuasa mendatangkan kesakitan kepada anak-anak Adam. Ia boleh meresap di tubuh manusia seperti darah mengalir di dalam urat saraf. Tatkala Allah hendak memberi azab kepada sesiapa yang dikehendakiNya ia memberi kuasa kepadanya supaya masuk ke dalam badan. Jika ia masuk ke dalam otak hilanglah akal seseorang itu. Kalau ia masuk menerusi hidung maka akan lahir penyakit bengkak-bengkak, sembam dan sehingga binasalah keseluruhan anggotanya.


Mendengar itu Nabi Sulaiman memerintahkan mereka yang berada di sekelilingnya membunuh dan membakar Lembaga itu. Rihul Ahmar menjawab bahawa tidak ada seorangpun yang dapat menghalangnya berbuat demikian kerana Allah telah menjadikannya sedemikian rupa dan melanjutkan umurnya.

Kemudian Lembaga itu pun ghaib hingga ke zaman Rasulullah S. A.W. Telah diriwayatkan bahawa cucu Rasulallah Al-Hassan Bin Ali telah mengidap sakit rongga dan keluar darah daripadanya. Apabila Rasulullah dan sahabat-sahabatnya menerima khabar tersebut Malaikat Jibrail pun datang dan memberitahu bahawa cucu baginda itu terkena sakit Rihul Ahmar.

Bila ditanya tentang ubatnya malaikat Jibrail mengatakan ada, lalu ia ghaib sebentar kemudian datang kepada Rasulullah. Jibrail mengatakan bahawa Allah S.W mengurniakan satu hadiah doa yang mustajab kepada sesiapa yang membacanya satu kali seumur hidupnya. Insyallah ia akan selamat daripada penyakit Rihul Ahmar.

Rasulullah pun membacanya untuk cucunya. Tiba-tiba ia sembuh ketika itu juga dan bangun berdiri dalam keadaan yang cukup sihat.


Rasulullah telah bersabda kepada sahabat-sahabatnya supaya mempelajari doa tersebut dan mengajarnya kepada umatnya yang lain supaya mereka mendapat manfaat serta terpelihara diri dari serangan penyakit Rihul Ahmar (Angin Ahmar). Insyaallah.




























Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang;
dan dengan-Nya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah;
dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.
Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.
Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifat-Mu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.
Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.
Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiri-Nya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.
Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.
Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.
Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepada-Mu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisi-Mu. Kepada-Mu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.
Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam. Amin….


iesya-Acu, tabahkan hati...






























12 June 2008

Penantian...


Sebut pasal penantian ni, banyaklah tafsirannya. Ibu yang mengandung menanti saat kelahiran cahaya matanya. Seorang pelajar menantikan kejayaannya. Orang bertunang menantikan hari berlangsungnya perkahwinan dengan pasangannya. Orang miskin mungkin menantikan saat kekayaannya.

Bagaimana pula kita menantikan saat di Padang Masyar kelak? Di syurgakah atau neraka? Dalam golongan mana kita akan diaturkan? Ya Allah, lemahnya kita. Dunia adalah tempat singgahan. Akhiratlah tempat sebenar yang akan kita kutip buah dari semaian dunia. Menanti dan terus menanti. Moga penantian kita hanyalah kepada-Nya yang kekal abadi. Kejarlah cinta-Nya bukan makhluk-Nya.

Sedarlah wahai diri, jadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai tuntunan kita untuk bahagia bukan di dunia sahaja tapi di akhirat. Semoga kita adalah antara hamba-Nya yang terpilih. Insya-Allah.


iesya-Manalah sahabatku ni, kata nak datang lepas balik imtihan. Fuh...! Penantian ini amat menyeksakan...

10 June 2008

Kesihatan kaki



Mungkin ada yang bertanya, kenapa saya pilih KAKI? Sebenanrnya semua anggota badan kita ada kelebihan masing-masing. Cuma...

Anggota ini paling kerap diabaikan ini perlukan penjagaan seperti juga anggota badan yang lain.


Tahukah anda bahawa satu per empat bahagian tulang pada tubuh manusia adalah pada bahagian kaki. Kaki merupakan asas serta sokongan yang utama terhadap kestabilan badan. Sekiranya anda pernah mengalami kesakitan pada pergelangan kaki, lutut, belakang atau bahu, atau kadangkala ketegangan, ia mungkin disebabkan keadaan kaki yang tidak selesa atau tidak sihat.


Jika dilihat pada fenomena hari ini, rekaan kasut lebih kepada nilai komersial, tanpa mengira keselesaan pada kaki. Kasut yang tumitnya terlalu tinggi atau tidak mempunyai sokongan ‘orthotic’ untuk satu jangka masa yang lama akan menyebabkan melecet, tumit pecah, kulit kaki menebal dan sebagainya.


Atasi Masalah Kaki

Salah satu alternatif untuk mengatasi masalah berkaitan kaki adalah dengan mengunjungi pakar yang menjalankan pemeriksaan, rawatan serta rundingan berkaitan pemilihan kasut yang sesuai. Pakar ini dikenali sebagai pedortist.


Antara masalah yang dapat dikurangkan oleh pedortist adalah;
* Kesakitan pada bahagian belakang, tumit, lengkungan kaki, serta lutut.
* Kesakitan pada tendon pada otot betis ke tumit.
* Bengkak pada pangkal ibu jari kaki serta kulit kaki mengeras.
* Lenguh-lenguh serta kesakitan pada bahagian sendi.
* Komplikasi kepada diabetes.
* Panjang kedua-dua belah kaki yang berbeza.
* Tapak kaki yang rata atau keadaan lengkungan kaki yang terlalu tinggi.
* Kecederaan yang dialami oleh atlit.

Tips Penjagaan Kaki

* Basuh kaki anda sentiasa, terutamanya di bahagian jari-jari kaki. Pastikan ia dikeringkan dengan sempurna.

* Gunakan sabun yang lembut atau mempunyai pelembab, atau sapukan pelembab setelah kaki dikeringkan.

* Potong kuku kaki dengan sempurna, tetapi jangan terlalu pendek. Jangan potong bahagian sudut kuku kerana ia akan menghalang pertumbuhan kuku kaki.

* Pastikan pengaliran darah pada bahagian kaki sempurna. Angkat kaki ke atas serta luruskan kaki apabila perlu duduk lama. Berjalan sekali-sekala untuk melancarkan aliran darah.

* Pilih kasut yang sesuai.

* Bagaimana Pastikan Kasut Sesuai Untuk Kaki

* Apabila berhasrat untuk membeli kasut, pastikan anda mengikuti garis panduan berikut bagi mengelakkan tekanan pada kaki.

* Masa terbaik untuk membeli kasut adalah waktu tengah hari kerana waktu ini kaki mengembang.

* Sebelah kaki kita adalah lebih besar. Oleh itu, beli kasut yang selesa untuk kaki yang lebih besar.

* Bahagian depan kasut mestilah selesa dan pastikan hujung jari dapat digerakkan.

* Jangan berharap kasut akan mengembang. Jangan beli jika kasut terlalu ketat.

* Tumit kaki mesti selesa. Elakkan tekanan pada tumit.


Fakta Menarik

* Puratanya, seorang manusia akan berjalan bersamaan empat kali pusingan dunia seumur hidupnya.

* Kaki manusia secara biologinya terdiri daripada 26 tulang, 33 sendi, serta lebih daripada 100 urat, otot, dan ligamen.

* Anggota yang paling kerap diabaikan pada tubuh kita adalah bahagian kaki.

* 90% manusia menggunakan kasut yang tidak bersesuaian dengan bentuk, saiz serta keadaan kaki. Ia boleh menimbulkan masalah yang serius kepada kaki.

iesya-Jagalah kaki anda. Saya pernah sakit kaki dan Alhamdulillah setelah melalui beberapa rawatan, saya sembuh. (Kredit untuk Doktor Ahlam), jom pi refleksi kaki!

08 June 2008

Cabaran baru...



Alhamdulillah, imtihan bagi Tahun 4 Usuluddin Tafsir Wa Ulum Quran, Universiti Al-Azhar, Kaherah tamat sebentar tadi. Madah Tafsir Maudui yang telah membahaskan tentang Syafaat dan Wasilah (Insya Allah, saya bercadang untuk menghuraikan sedikit isi pentingnya buat tatapan sahabat-sahabat).


Satu Cerita..
Panas terik mentari tengah hari tidak aku hiraukan. Derap kakiku laju melangkah meninggalkan halaman kuliyah yang banyak meninggalkan nostalgia dalam alam remajaku sayu kurasa. Manakan tidak, kenngan-kenangan bersama sahabat-sahabat dan kerenah 'ablah' (pekerja) yang amat mencabar. Kami pernah dihalau keluar dari tempat menjual kitab-walaupun ketika itu sudah hampir tiga jam aku berdiri dan 'ponteng' kelas semata-mata ingin membeli buku. Aku juga pernah dimarah kerana terlalu kerap meminta borang untuk menyambung visa. Mungkin semu ini tidak dirasa teman-teman di luar sana. Kalau nak dihitung, banyak lah jugak.




Tetapi....(suspen sikit...he..he), bila bermuhasabah, sebenarnya itulah 'tarbiyah' yang amat mahal. Ya..! Satu subjek yang tidak ada di lain tempat. PENGALAMAN. Naik turun bas, beratur dua tiga jam, dihalau keluar (pernah menangis sebab terlewat) dan sebagainya.




:: Cabaran Baru ::


Ok. Kita tinggalkan sebentar kenangan lalu, biarkan sejarah lampau mengajar kita hari ini dan akan datang. Ingat cabaran yang akan ditempuhi dalam masyarakat, negara, keluarga, malah kita sendiri. (Cabaran dari diri?) Ya, cabaran terbesar yang patut kita tahu ialah dari diri sendiri. Adakah kita beramal dengan ilmu yang diperolehi di Al-Azhar As-Syarif, kiblat ilmu? Tepuk dada, tanya Iman.




Buat sahabat-sahabat sekuliyah, terima kasih kerana sudi menuntun diri ini. Sempat juga titipkan gambar yang aku buat dengan Adobe Photoshop bersama rakan-rakan Mesir, Syaima' dan Hind. Alfun syukran kerana tolong bagi nota-nota dari tahun tiga kita berkenalan (walaupun aku tahu dia tak akan baca tulisan ini). Buat Fizah (Singapura), ketekunanmu menuntut ilmu banyak memotivasikan diri. Asma', Fitri dan sahaat-sahabat Indonesia, jangan lupa doakan juga. Tak lupa buat senior dari Kelantan (syukran kerana sudi buat nota). Raudhah, Fizah-Johor, Suri-Negeri Sembilan, Kak Zuhaida-Kedah, ARMA dan rakan seperjuangan, Ude Chah, moga kita semua berjaya dalam imtihan dunia akhirat. Moga Allah balas jasa kalian dan maafkan diri ini andai tidak menunaikan hak-hak sebagai sahabat.




iesya-Cabaran pertama saya, berhadapan dengan surat menyurat dan perbincangan bersama Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM...doakan! (ops..jangan lupa jom memenuhi masa lapang kalian dengan program-program..tunggu!)








05 June 2008

Kenangan buat sahabat-sahabat...




Buat semua sahabat-sahabat di SMA(A)SZA...
apa khabar kalian sekarang? Semoga paparan ini mengembalikan nostalgia kita...

buat guru-guruku, terima kasih atas ilmu yang dicurahkan,
hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya...

Insya Allah, kalau ada peluang, saya akan berkhidmat di sana!

Peringatan buat diri hamba..!

Sedang melayari internet, tiba-tiba dapat satu message dari teman...

"Masinnya air laut tidak mampu menyerap ke dalam isi ikan, tapi bila ikan itu telah mati..secubit garam mampu memasinkannya.. Begitulah hati, hati yang hidup sangat sukar dinodai.. tapi bila hati telah mati mudahnya dipengaruhi.. Moga Allah sentiasa memelihaha hati kita.. Hati yang dipilih Allah untuk mendapat hidayah-Nya sudah tentu hati yang menyesali akan dosa-dosanya..."

Terkedu membacanya...Ya Allah, apakah amalan yang aku buat hari ini melayakkan diri kami beroleh rahmat dan redha-Mu? Bagaimanakah nasib hidup hamba-Mu ini di kala tiada naungan selain naungan-Mu? Mengapakah hati ini selalu lalai dari mengharapkan kasih sayang dan cinta-Mu? Kadang-kadang kita terleka, hati ini selalu berbolak balik. Maka biarlah ia sentiasa merasa nikmat cinta yang satu..hanya pada-Mu Ya Allah...


YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM...
lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami dan semua orang Islam dari azab seksa api neraka-Mu

YA ALLAH... Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurga-Mu,
YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke neraka-Mu
YA ALLAH. Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....

.: Luasnya Neraka :.
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi SAW.:

"Mengapa aku melihat kau berubah muka?"Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orangyg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu Nabi SAW bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalamAl-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang dihujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?

"Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yang lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusibernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar, nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat kuyang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.


(dipetik dari kitab "PeringatanBagi Yang Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

iesya-Terima kasih kerana mengingatkanku!

'Drama' Madu (bukan bermadu..!)


Satu hari, kawan saya tanyalah pasal madu. Ye, elok sangat untuk awak (bukan ayat main-main tau). Belilah madu ni. Dahlah 'rumah' kita ni jual madu. Awak pula yang 'boikot' madu. Alah, manis lah. Awak orang Terengganu, bolehlah makan. Pahang ke, Johor ke, Selangor ke, makan lah madu ni. Ok. Saya pun berjanjilah nak cari maklumat tentang madu. Dia kata kalau jumpa fakta best, baru nak beli. Ok , tengok apa khasiat madu (ops..bukan bermadu)!


A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.

B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

2. REMAJA:
Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

3. WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.

5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
Menstabilkan kandungan gula dalam darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)

6. UNTUK SEMUA:
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.


7. IBU MENGANDUNG
1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandungdan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.


8. ANAK DALAM KANDUNGAN
1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman.
2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu asli.
4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.


9. BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasabayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
4. Mengelak dari kembung perut bayi.


10. BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.


CARA MENGGUNAKANNYA
1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.


"MIRACLE ANTIBI0TIK"SAPULAH MADU HUTAN ASLI JIKA ANDA
a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera dan luka terlindung dari kuman.
b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas danlain-lain.
c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit kulit.
d) Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.


MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN
a) Makan bersama roti / biskut.
b) Bahan membuat kuih / kek.
c) Goreng atau panggang ayam.

Perhatian:
*Jangan disimpan dalam peti sejuk.
*elakkan dari memakan madu bersama tembikai.
*elakkan dari terkena pancaran cahaya matahari.
*jauhkan dari litar elektrik.
*kurangkan pendedahan kepada unsur logam dan haba.
*jangan gunakan madu untuk rawatan penyakit kronik tanpa nasihat pakar.


iesya-Jom minum madu..

03 June 2008

AIS: Bagus Untuk Kesihatan?


Saya ada jumpa satu artikel. Kekadang 'comfuse' jugak. Nak makan ke tak nak? Nak ke tak nak? Kalau ada teman-teman dari perubatan boleh kaji sejauhmana betulnya artikel ini. Jangan segan silu hantarkan maklumat kat kantung inbox yahoo saya

Ok, cuba baca...yang biasa kita dengar pantang larangnya. Tapi..entahlah (sebab ada orang sakit buah pinggang, kalau dia dahaga, ambil satu ketul, telan je-maksudnya, tak boleh minum air). Ni pekerja farmasi yang bertauliah lah bagitau..


""Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia" Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.



Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bacteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.



Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.



Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan system penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.



Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah.



Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.



iesya-betul ke kajian ni? harap-harap betul lah :-)


"

02 June 2008

Pengguna Internet...Hati-hati!


KUALA LUMPUR: Pengguna komputer diingatkan lebih berhati-hati berikutan kemunculan sejenis virus yang mampu mengganggu sistem dan aplikasi komputer dikenali dengan ‘Virus 666’.

Kehadiran virus itu dapat dikesan pada pemacu utama C (C Drive) melalui fail bertajuk HELP.ME!!.html. Jika fail itu dibuka, satu fail lain akan muncul pada skrin komputer yang memaparkan perkataan ‘Kiriman Dari Neraka’ yang turut menyentuh beberapa isu, selain nama pelayan turut diletakkan di bahagian penjuru bawah fail itu.

Virus itu dikesan beberapa bulan lalu mula mengganggu dunia maya dan kebiasaannya dikenali dengan nama fail flash.10.exe.

Dipercayai semua sistem komputer boleh dijangkiti virus itu sebaik membuka fail mesej yang tertera ‘Kiriman dari Neraka’.

Beberapa cara dikenal pasti menjadi landasan utama penyebaran virus itu terutama ketika pengguna mengakses disket, cakera liut atau pemacu storan luaran yang berkemungkinan dijangkiti virus itu. Ia turut menyerang komputer ketika pengguna memuat turun program Internet.

Pengguna komputer diingatkan berwaspada dengan program atau fail mempunyai nama sambungan seperti .EXE, .VBS, .COM, .SYS selain nama fail sambungan seperti .doc, .xls dan .zip kerana virus itu kebiasaannya dikesan dalam keadaan itu.

Difahamkan, amalan menggunakan pemacu storan mudah alih tanpa mengimbasnya terlebih dahulu sebelum disambungkan ke komputer antara punca utama virus itu merebak.

Naib Presiden Dapat Vista Sdn Bhd dan pengasas dapat.com, Azli Paat, berkata virus itu boleh menyebabkan produktiviti sesebuah syarikat menurun berikutan ia mampu memperlahankan kelajuan sistem komputer.

“Sejurus dijangkiti, virus itu akan menyalin semula fail dalam fail sistem dalam kuantiti yang banyak, sekali gus menyebabkan proses membuka mana-mana program dalam komputer menjadi perlahan.

“Virus itu tidak dapat menghilangkan data, cuma kesannya dapat dilihat dari segi kelajuan kadar pemprosesan komputer, namun ia perlu diberi perhatian,” katanya.

Azli berkata, virus yang dipercayai berpunca daripada pemacu storan luaran itu turut mampu menjangkiti komputer lain jika tidak diimbas menggunakan sistem antivirus yang sentiasa dikemaskini.

“Pengguna boleh memuat turun sistem antivirus yang disediakan di Internet dan perlu memastikan sistem itu sentiasa dikemaskini bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya.

Sebelum ini, beberapa virus besar dikenal pasti seperti LoveBug dan King Trojan dikesan mengganggu sistem komputer pengguna selain beberapa virus lain yang memuat turun ‘diri’nya sendiri seperti Brontok dan Worm.

Antara tanda virus itu mula menyerang komputer ialah kelajuan RAM komputer mula menurun dan proses menutup semua tetingkap window menjadi perlahan selain pelbagai fail baru akan dicipta sendiri seperti Flash.10.exe, msconfig.com, cmd.com, ping.com, regedit.com, aweks.pikz, seram.pkz, msn.msn dan sebagainya.

Dunia perkomputeran sebelum ini pernah digemparkan dengan kehadiran virus ‘Melissa’ pada 1999 yang mampu mencipta fail “script.ini” terus ke direktori sembang maya melalui komputer yang dijangkiti virus sebelum menghantar dirinya sendiri melalu laman sembang kepada mangsa seterusnya, iaitu mereka yang memilih untuk bersembang melalui saluran sembang maya dengan komputer mangsa yang dijangkiti.

iesya-Apa khabar Iman anda? Sudahkah dijangkiti 'virus' yang menyumbatkan kita ke neraka? Nauzubillah!

Kriteria Mahasiswa Cemerlang!


Pertamanya, mabruk diucapkan kepada Kampus Negara kerana telah mencapai setengah juta pengunjungnya! Nak jadi mahasiswa cemerlang? Jom!


Mahasiswa Islam adalah mahasiswa yang memiliki sifat-sifat terpuji serta memiliki kredibiti sebagai pemimpin cemerlang dan tidak dicemari sesuatu yang mengaibkan.



1. AQIDAH YANG SEJAHTERA

(سليمة العقيدة)

Ciri-ciri sejahtera aqidah :

ü Melakukan amal kerana Allah s.w.t

ü Beriman dengan melakukan semua rukun Islam

ü Beriman dengan semua rukun iman

ü Beriman dengan azab kubur dan nikmatnya

ü Tidak mempercayai adanya sial

ü Tidak mempercaai kuasa lain selain Allah s.w.t.

ü Belajar kerana Allah s.w.t.

ü Mensyukuri allah ketika mendapat nikmat

ü Mempercayai Allah s.w.t. sentiasa memerhati setiap perbuatan

ü Menjauhi percakapan yang memesongkan aqidah

2. IBADAH YANG SAHIH

(صحيح العبادة)

Ciri-ciri ibadah yang sahih :

ü Solat diawal waktu

ü Menjauhi perkara makruh

ü Bersuci dengan sempurna

ü Meningkatkan mutu solat

ü Menjadikan amalan membaca al-quran sebagai rutin harian

ü Setiap perbuatan yan dilakukan dengan niat kerana Allah s.w.t.

ü Sentiasa melakukan solat berjamah

ü Seminggu sekali berqiamullail

ü Menyempurnakan puasa wajib dan melazimkan puasa sunat

ü Khusyuk membaca al-quran

ü Berdoa pada waktu-waktu yang diutamakan

ü Menjauhi dosa besar

ü Mengingati Allah s.w.t. pada setiap situasi dan ketika

ü Menunaikan nazar apabila bernazar

ü Selalu bertaubat dan beristighfar apabila melakukan kesilapan


3. AKHLAK YANG MANTAP

(متين الخلق)

Ciri-ciri akhlak yang mantap :

ü Sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t.

ü Tidak berbangga dengan diri sendiri

ü Tidak menipu ibu bapa dan guru

ü Menziarahi kawan yang sakit

ü Memberikan kerjasama dalam perkara-perkara kebaikan

ü Menutup aurat dengan sempurna

ü Menjaga batas-batas pergaulan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan

ü Tidak mengadu domba

ü Tidak mengumpat, mengejek dan menghina

ü Tidak berkawan dengan orang yang berkelakuan buruk

ü Menghormati guru, orang tua dan menyayangi yang lebih kecil

ü Menunaikan janji apabila berjanji

ü Menundukkan pandangan

ü Menjaga rahsia dan amanah

ü Menjaga aib orang lain

ü Tidak merokok dan tidak menghampiri dadah dan arak

ü Menghormati jiran

ü Tidak banyak ketawa

ü Tidak mementingkan diri sendiri

4. MAMPU BERDIKARI

(قادرا على الكسب)

Ciri-ciri mampu bekerja sendiri :

ü Tidak menangguhkan tugasan

ü Membasuh pakaian sekolah sendiri

ü Boleh berjauhan dari ibu bapa

ü Memelihara harta peribadi dan sekolah

ü Membuat kerja rumah dengan baik

ü Menyempurnakan tugasan dengan sempurna

ü Mengulangkaji pelajaran tanpa disuruh

ü Mampu membuat jadual waktu dan mengikutinya

ü Mengurus persatuan / aktiviti sekolah tanpa guru

ü Tidak membazir

ü Menjaga hak orang lain

5. INTELEKTUAL

(مثقف الفكر)

Ciri-ciri berpengatahuan :

ü Mampu membaca dan menulis dengan baik

ü Memelihara hukum-hukum tilawah

ü Menghafaz hadith

ü Mempelajari sirah Nabi Muhammad s.a.w.

ü Mengenali sepuluh orang sahabat yang dijanjikan syurga

ü Mengetahui hukum-hukum solat

ü Mengetahui hukum-hukum puasa

ü Mengetahui hukum taharah

ü Memahirkan diri dengan teknologi moden

ü Peka dengan pertubuhan yang menyeleweng

ü Mengetahui hokum menutup aurat

ü Berfikiran positif

6. BADAN YANG CERGAS

(قوي الجسم)

Ciri-ciri badan yang cergas :

ü Bersih tubuh badan

ü Mandi diwaktu pagi dan petang

ü Pakaian kemas dan bersih

ü Kelas yang bersih

ü Membersihkan tangan sebelum makan

ü Beriltizam dengan adab makan

ü Menjauhi tempat kotor

ü Meninggalkan tabiat merokok

ü Mengamalkan pemakanan yang sihat

ü Mementingkan riadhah dan melaksanakannya

ü Tidak tidur dalam kelas

ü Tidak berpenyakit

ü Aktif dan cerdas dalam dan luar kelas

7. MUJAHADAH DIRI

(مجاهدة النفس)

Ciri-ciri menguasai diri :

ü Menjuhi tempat-tempat yang melalaika

ü Meninggalkan tempat maksiat

ü Menjauhi perkara haram

ü Berdoa pada bila-bila masa

ü Tekun dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu

ü Istiqamah dan beriltizam dalam melakukan setiap pekerjaan

ü Menjauhi sifat tamak

ü Tidak terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak baik

ü Menjaga kebersihan diri

ü Menjalinkan persaudaraan sesame pelajar

ü Tidak mementingkan diri sendiri

ü Menutup aurat bila berhadapan dengan bukan muhrm

ü Menumpukan perhatian kepada pelajaran

8. TERATUR URUSANNYA

(منظما لشؤونه)

Ciri-ciri berdisplin :

ü Datang sekolah awal

ü Sentiasa berpakaian lengkap datang ke sekolah

ü Bilik tidur yang kelam

ü Kelas yang kemas dan bersih

ü Penampilan yang baik

ü Teliti dalam melakukan pekerjaan

ü Menyelesaikan kerja rumah dengan sempurna

ü Menunaikan janji

ü Menepati waktu

ü Menyelesaikan kerja rumah pada waktu yang diberikan

ü Menunaikan hak Allah s.w.t., diri dan masyarakat dengan seimbang

ü Melaksanakan tgasan kokurikulum, usrah dan lain-lain dengan jayanya

9. SANGAT MENGHARGAI MASA

(حريصا على وقته)

Ciri-ciri menghargai masa :

ü Bangun awal

ü Mengunakan masa untukperkara berfaedah

ü Datang sekolah awal

ü Tidak membuang masa dengan sia-sia

ü Membuat perancangan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan

ü Menyemak jadual sebelum datang ke sekolah

ü Tidak melepak di tepi jalan

ü Tidak bercakap kosong

ü Tidak berehat terlalu lama

ü Menepati waktu dan janji

10. BERMANFAAT KEPADA
ORANG LAIN

(نافعا لغيره)

Ciri-ciri bermanfaat kepada orang lain :

ü Menunaikan hak ibu bapa

ü Menolong ibu bapa membuang sampah

ü Menolong ibu di dapur

ü Menolong ibu bapa membersihkan persekitaran rumah

ü Menunaikan hak-hak guru

ü Menolong guru mengawal kelas

ü Menolong guru mengawal kantin

ü Menolong guru mengangkat barang

ü Bersedia untuk memberi bantuan bila-bila diperlukan

ü Membimbing teman-teman

ü Membantu teman memahami pelajaran

ü Menasihati teman-teman yang nakal

ü Bertolak ansur, tidak dengki dan iri hati


iesya-Cemerlang dunia dan akhirat!